Saya mula melaporkan diri di SK PLANG pada 06 Jun 2011 (Isnin) jam 7.50 pagi. Terus berhubung dengan Guru Besar sekolah EN.PHUAH GUAN HENG dan diberi sedikit penerangan mengenai status terkini cITaKU Lab,info sekolah dan lain-lain. Perbincangan mengenai perancangan aktiviti akan diadakan bersama Guru Bestari ICT selepas sesi persekolahan pertengahan tahun bermula.
Selepas penyerahan kunci cITaKU Lab, saya terus melawat ke kabin cITaKU Lab yang terletak di tepi pagar pintu masuk.
Keadaan cITaKU Lab :
- agak berdebu dan berselerak kerana hampir setahun ditingalkan.
- susun atur meja di tengah kabin telah diubah suai oleh pihak sekolah.
- tiada server , tiada rangkaian internet disambungkan ke setiap PC hanya satu PC di dalam bilik kecil kabin sahaja disambungkan dengan streamyx.
- telefon tidak boleh digunakan tetapi streamyx berfungsi dengan baik.
- terdapat banyak semut di sudut-sudut tertentu.
- terdapat satu cermin tingkap retak dan pecah sedikit ( mungkin terkena batu ketika tukang kebun memesin rumput ) , Guru Besar sudah dimaklumkan mengenai hal ini.
Proses mengemas dan ubah suai cITaKU Lab dijalankan sepanjang minggu pertama.