Sunday 16 October 2011

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun

Minggu ini (17hb - 21hb Oktober 2011) adalah minggu peperiksaan akhir tahun bagi semua pelajar di SK Plang. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang dan teliti. Selamat maju jaya dan semoga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Kelas P&P di cITaKU Lab..







Wednesday 12 October 2011

Kelas Paint (Tahun 1)

Kelas paint bagi murid tahun 1 telah dijalankan ketika sesi persekolahan iaitu ketika kelas pendidikan seni. Murid- murid diberi penerangan terlebih dahulu cara-cara menggunakan paint secara ringkas sebelum dibenarkan menggunakan komputer.

Silibus yang diajar :
  1. Cara-cara membuka Paint  (Start>All Programs>Accessories>Paint).
  2. Cara-cara menggunakan icon pada paint (Pencil,eraser,Paint with color,rectangle,ellipse)
  3. Latihan : Bentuk-bentuk (Segiempat sama , segiempat tepat , bulatan)

Smartboard dalam kelas P&P








Tuesday 4 October 2011

Ceramah Kesihatan Gigi di cITaKU Lab

Ceramah Kesihatan Gigi untuk guru dan staf SK Plang telah diadakan di makmal cITaKU pada 05 Oktober 2011. Ceramah telah diberikan sendiri oleh doktor Riswan Nor Bin Yunizar dari Klinik Pergigian Gerik.





Mesyuarat PIBG di cITaKU Lab

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 04 Oktober 2011 bertempat di cITaKU Lab yang dihadiri oleh semua AJK PIBG dan semua guru kelas .





Mencari Bahan & Gambar di Internet (Tahun 6)

INTERNET : MENCARI BAHAN RUJUKAN MENGUNAKAN SEARCH ENGINE GOOGLE ( TAHUN 6 )

-          Dengan mengunakan search engine Google , pelajar-pelajar diajar bagaimana mencari dan mengakses maklumat .
-          Pelajar-pelajar didedahkan dengan dua kaedah iaitu carian maklumat melalui web dan melalui gambar.
-          Pelajar-pelajar dilarang menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman web yang tidak berfaedah.
-          Pelajar-pelajar diberi tugasan menyediakan folio oleh guru kelas bertajuk “Tempat Bersejarah di Malaysia” untuk memahirkan lagi penggunaan internet dan Microsoft Word.