Sunday, 16 October 2011

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun

Minggu ini (17hb - 21hb Oktober 2011) adalah minggu peperiksaan akhir tahun bagi semua pelajar di SK Plang. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang dan teliti. Selamat maju jaya dan semoga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Kelas P&P di cITaKU Lab..







Wednesday, 12 October 2011

Kelas Paint (Tahun 1)

Kelas paint bagi murid tahun 1 telah dijalankan ketika sesi persekolahan iaitu ketika kelas pendidikan seni. Murid- murid diberi penerangan terlebih dahulu cara-cara menggunakan paint secara ringkas sebelum dibenarkan menggunakan komputer.

Silibus yang diajar :
  1. Cara-cara membuka Paint  (Start>All Programs>Accessories>Paint).
  2. Cara-cara menggunakan icon pada paint (Pencil,eraser,Paint with color,rectangle,ellipse)
  3. Latihan : Bentuk-bentuk (Segiempat sama , segiempat tepat , bulatan)

Smartboard dalam kelas P&P








Tuesday, 4 October 2011

Ceramah Kesihatan Gigi di cITaKU Lab

Ceramah Kesihatan Gigi untuk guru dan staf SK Plang telah diadakan di makmal cITaKU pada 05 Oktober 2011. Ceramah telah diberikan sendiri oleh doktor Riswan Nor Bin Yunizar dari Klinik Pergigian Gerik.





Mesyuarat PIBG di cITaKU Lab

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 04 Oktober 2011 bertempat di cITaKU Lab yang dihadiri oleh semua AJK PIBG dan semua guru kelas .





Mencari Bahan & Gambar di Internet (Tahun 6)

INTERNET : MENCARI BAHAN RUJUKAN MENGUNAKAN SEARCH ENGINE GOOGLE ( TAHUN 6 )

-          Dengan mengunakan search engine Google , pelajar-pelajar diajar bagaimana mencari dan mengakses maklumat .
-          Pelajar-pelajar didedahkan dengan dua kaedah iaitu carian maklumat melalui web dan melalui gambar.
-          Pelajar-pelajar dilarang menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman web yang tidak berfaedah.
-          Pelajar-pelajar diberi tugasan menyediakan folio oleh guru kelas bertajuk “Tempat Bersejarah di Malaysia” untuk memahirkan lagi penggunaan internet dan Microsoft Word.




Kelas Microsoft Word (Tahun 6)

-          Kelas dijalankan selepas selesai minggu peperiksaan UPSR iaitu semasa sesi persekolahan.
-          Silibus yang diajar :
1.       Bagaimana mengubah rupa teks ( Bold, Italic , Warna , Saiz, Font )
2.       Bagaimana menyimpan dan membuka fail.
3.       Bagaimana mengubah Format perenggan  (Tab , Bullet, Nombor )
4.       Bagaimana mengendali Grafik / Gambar.







Penggunaan Smartboard dalam P&P




Pengisian Pemohonan Sekolah Berasrama Penuh (Tahun 6)

  • Pengisian Permohonan Sekolah Berasrama Penuh di laman web KPM  untuk murid terpilih Tahun 6  telah diadakan pada 20 September 2011 yang lalu 
  • Pelajar-pelajar diberi pendedahan cara-cara pengisian permohonan ke sekolah berasrama penuh atas bimbingan guru kelas dan bantuan Fasi IT
  • Setiap pelajar dilatih bagaimana mengisi borang dengan sendiri dan teknik yang betul sehingga selesai menghantar borang permohonan.

Pengisian Data SAPS

PENGISIAN DATA SAPS ( SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH )
-          Taklimat tatacara pengisian data SAPS telah dijalankan di cITaKUlab pada 13 September 2011 yang dihadiri oleh semua guru di SK Plang.
-          Taklimat telah diberikan oleh Tuan Guru Besar dan Setiusaha Peperiksaan .