Tuesday, 4 October 2011

Penggunaan Smartboard dalam P&P




Pengisian Pemohonan Sekolah Berasrama Penuh (Tahun 6)

  • Pengisian Permohonan Sekolah Berasrama Penuh di laman web KPM  untuk murid terpilih Tahun 6  telah diadakan pada 20 September 2011 yang lalu 
  • Pelajar-pelajar diberi pendedahan cara-cara pengisian permohonan ke sekolah berasrama penuh atas bimbingan guru kelas dan bantuan Fasi IT
  • Setiap pelajar dilatih bagaimana mengisi borang dengan sendiri dan teknik yang betul sehingga selesai menghantar borang permohonan.

Pengisian Data SAPS

PENGISIAN DATA SAPS ( SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH )
-          Taklimat tatacara pengisian data SAPS telah dijalankan di cITaKUlab pada 13 September 2011 yang dihadiri oleh semua guru di SK Plang.
-          Taklimat telah diberikan oleh Tuan Guru Besar dan Setiusaha Peperiksaan .

 

 
 

Kemudahan Internet di cITaKU Lab SK Plang.

Kemudahan internet di cITaKU Lab sudah boleh digunakan untuk semua pengguna pada bulan Ogos yang lepas. Disebabkan tiada kabel network yang dibekalkan sebelum ini ,aktiviti di cITaKU hanya terhad kepada penggunakan komputer sahaja.

Sebelum tempahan kabel network dibuat, proses pemeriksaan port penyambungan di dinding makmal ke sambungan PC dibuat terlebih dahulu untuk memastikan rangkaian boleh digunakan. Kemudian switch juga diuji untuk memastikan talian rangkaian internet boleh diakses. Apabila semua dalam keadaan baik, tempahan kabel dibuat dan kabel tersebut telah siap pada 09 Ogos 2011. Sebanyak 20 komputer pengguna boleh mengakses internet sejak pertengahan bulan Ogos yang lalu.

 

Mesyuarat Pegawai PPD dengan Guru SK Plang.

Mesyuarat Pegawai PPD dengan semua guru SK Plang telah diadakan pada 04 Ogos 2011 bertempat di cITaKU Lab.






Penggunaan Smartboard dalam P&P

Fasi IT sangat mengalukan dan menggalakkan guru-guru di SK Plang menggunakan Smartboard dalam mempelbagaikan P&P di dalam kelas. Pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan penggunaan teknologi di samping dapat menarik minat pelajar dengan dunia IT dan teknologi.




LDP GURU SK PLANG

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk semua guru SK Plang telah diadakan di cITaKU Lab pada 21 Julai 2011 yang lalu dimana telah dipengerusikan sendiri oleh Tuan Guru Besar , Mr Phuah Guan Heng.

Sebelum LDP dijalankan, guru-guru yang terlibat dalam memberi taklimat untuk sesi latihan telah diajar bagaimana cara-cara menggunakan Smartboard terlebih dahulu.